//]]> Umrah ekonomi 2016/2017 1437H: Semakan Dokumen Umrah

Umrah Malaysia Blog Headline Animator

Umrah 2015

facebook

you can also receive free email updates:

Semakan Dokumen Umrah

DOKUMEN UNTUK PROSES VISA UMRAH 

a.PASSPORT ANTARABANGSA MALAYSIA


Pasport Antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang dari  6 bulan sebelum tarikh perjalanan dan mempunyai 4 muka surat kosong.

b.GAMBAR


6 Keping gambar berukuran saiz 6 cm x 3cm dan saiz wajah berukuran 4cm x 3cm dan berlatar belakang warna putih. Bagi lelaki tidak dibenarkan memakai songkok, topi, kopiah yang menutup kepala. Bagi wanita pula hendaklah memakai tudung warna gelap.

 


C. SIJIL SUNTIKAN ( MENIGGOCOCCAL ACW-135 )

D.SALINAN KAD PENGENALAN

Salinan kad Pengenalan depan dan belakang di dalam satu mukasurat

E.SALINAN SIJIL NIKAH

Bagi pasangan suami isteri, ( jika tidak pergi bersama suami sila rujuk dokumen untuk pengesahan mahram di bawah )



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGESAHAN MAHRAM BAGI VISA UMRAH



ISTERI
Salinan surat nikah atau surat pengesahan daripada mahkamah syariah

IBU


Salinan surat beranak anak lelaki yang menjadi mahram





ANAK LELAKI/ANAK PEREMPUAN BAWAH UMUR 15 TAHUN
Surat beranak anak lelaki/anak perempuan.

KAKAK/ADIK PEREMPUAN
Salinan surat beranak kakak serta salinan surat beranak adik lelaki/abang yang menjadi
mahram.




CUCU/NENEK
Surat izin daripada bapa/suami/anak lelaki yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.

IBU MERTUA
Salinan surat beranak anak perempuan (isteri mahram) yang mesti ikut bersama dan
surat izin suami/anak yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah


KAKAK IPAR/ADIK IPAR
Surat izin daripada suami/bapa/abang adik lelaki yang disahkan oleh pesuruhjaya
sumpah dan adik/kakak kandung mesti ikut bersama.


PEMBANTU RUMAH/PERMIT KERJA WARGA ASING
Majikan atau keluarga majikan mesti ikut bersama.Surat izin daripada majikan yang
disahkan oleh pesurujaya sumpah perlu disertakan dan sahlaku permit kerja hendaklah
tidak kurang 6 bulan dengan nama majikan tertulis di dalam permit kerja.Setiap pekerja
asing wanita/lelaki dari Indonesia nama mereka mesti ada nama bapa di dalam paspot.






KUMPULAN WANITA
Surat izin daripada suami/anak/abang/adik lelaki beserta salinan sijil nikah/surat beranak
suami/anak/abang yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah
Semakan Dokumen Umrah - Umrah ekonomi 2016/2017 1437H