//]]> Umrah ekonomi 2016/2017 1437H

Umrah Malaysia Blog Headline Animator

Umrah 2015

facebook

you can also receive free email updates:

Tuesday, January 25, 2011

Kursus umrah percuma

kursus umrah percuma setiap ahad di masjid sg. ramal luar kajang, sila lihat google map..masjid haji mat sama 43600 kajang. Penceramah:ust mohd yaser , dari almesry travel sdn bhd. kursus umran ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan ibadah umrah dan cara melaksanakannya. bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh. selama 3 jam dengan 2 kali rehat. makanan dan minuman disediakn..terima kasih.sila ke imarah-umrah.com untuk lebih lanjut..

Adab-adab sebelum menunaikan Umrah



  • Larangan semasa Ihram Umrah
  • Memakai pakain bersarung/berjahit
  • Menutup kepala ataupun sebahagian daripadanya
  • Menutup muka (wanita)
  • Memakai sarung tangan(lelaki dan wanita)
  • Memakai bau-bauan sama ada di Badan, pakaian, makanan, minuman  ataupun menghisapnya ke dalam hidung (lelaki dan wanita)
  • Memakai minyak di kepala dan bahagian berbulu (lelaki dan wanita)
  • Menanggalkan rambut/bulu dari mana-mana anggota badan (lelali dan wanita)
  • Mengerat atau memotong kuku.
  • Memotong, menebang, megerat atau mencabut pokok2 di tanah haram Mekah.
  • Memburu binatang buruan yang halal dimakan ataupun membinasakannya di tanah haram atau tanah halal
  • Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan
  • Bersetubuh atau berjimak
  • Berkahwin ataupun mengahwinkan ataupun menerima waki kahwin.

Adab-adab ihram dari miqat

Sunat mandi ihram
Memakai pakaian ihram warna putih
Solat sunat ihram dua rakaat
Berniat ihram bagi umrah ataupun haji
Berdoa memohon kepada Allah dipermudahkan urusan
Bertalbiah sepanjang masa dalam masa ihram. Apabila bertalbiah, suara dari langit akan menjawab dan diterima oleh Allah.

Pakej umrah 2012

Pakej umrah 2012 telah ada. sila daftar untuk tempahan tempat. Harga dari RM3990 sahaja..terima kasih..sila ke imarah-umrah.com untuk tempahan..Harga yang murah dan berpatutan . Insyaallah.

Pakej umrah 2012 promosi dari harga Rm 3990. Segeralah berdaftar . Untuk mendapat tempat pada tahun 2012. Insyaallah boleh dapatkan borang secara cepat dan Online, Di ..




PAKEJ UMRAH 2012.MAC 2012.

Pakej umrah 2012 termasuk:

  • Tiket Pergi dan Balik ( Ekomoni Klas ) PIA Airlines/Biman Airlines
  • Makan/Minum
  • Cukai Lapangan Terbang
  • Bagasi 20 kg.
  • Beg Bimbit dan Beg Sandang( dibahu).
  • Penginapan di Madinah(hotel ) 80-120 meter
  • Penginapan di Mekah  (hotel ) 50-100 meter.
  • Pengangkutan Jeddah-Jeddah.
  • Visa Umrah 
  • Ziarah ( Hudaibiyyah, Ja'ranah, Barbecue Unta di Muzdalifah (20 ketas) dll. sekiranya ada masa)
  • Mutawif dari Malaysia (Ust Mohd Yaser,Kuala Lumpur.KLIA)
  • Mutawif di Mekah/Madinah 
  • -(Haji Mujib, 20 tahun di Mekah  
  • -(Haji Ahmad l/k 20 tahun di Mekah/Madinah)

Pakej tidak termasuk:

-Dobi di hotel
-Ziarah tidak termasuk dalam pakej
-Makan/minum di luar
-Ziarah bukit Magnet ( Jabal Magnet )- Bukit misteri Di Madinah.Rasi sendiri bila ke sana, betapa hebat kejadian Allah.
-Ziarah Ladang Unta, Muzium, Kilang Kelambu Kaabah, Gua Hira,  dll) semuanya ini atas permintaan, kemungkina tambahan akan dikenakna sekiranya hendak pergi, boleh maklumkan kepada mutawif . Biasanya bayaran akan dikenakan 15 SR ( Riyal) dalam harga RM 14-20 .sahaja.
-Pengangkutan Bas dari Tempat Sendiri untuk ke KLIA, Sekiranya ada jemaah Grouping, boleh berbincang dengan ketua jemaah masing-masing. dalam 15-20 orang.
-
Perkara penting di Madinah
Sentiasa mengucapkan kalimah zikir, spt subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar...
-sampai sahaja di Madinah, setelah meletak beg di hotel, kalau boleh cepat-cepat pergi ziarah terus ke MasjidNabawi tempat Rasulullah SAW. di Maqamkan bersama sahabat. Umpama kita masuk ke rumah orang, kita mulakan dengan ucapan salam kepada Rasulullah, Sallahu Alaihiwasallam, dengan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahh Ya Rasulullah, atau Ya Nabiyullah...Jagalah adab-adab seperti yang diajarkan oleh Muhammad Rasulullah, sepeti kita menjadi tetamu (guest). Kalau boleh, byangkan kita sedang berada dah dekat dengan Syurga Allah.dan juga kepada maqam para syuhada (syahid)bersebelahan Masjid Nabawi Sahaja. kalau lebih cantik dan nyaman ziarah selepas subuh antara 4.30 pagi-5.30 pintu gate insyaalah akan terbuka bagi para muslimin, muslimat hanya duduk di bahgaian tangga bawah, tidak dibenarkan masuk..Mudahn2an amin..
-menjaga perhubungan dengan jemaah yang lain, seperti bertegur sapa dan kurangkan bercakap hal-hal keduniaan,

-Kurangkan membeli belah, beli hanya sekadar benda yang penting sahaja..


DiMekah Pula:
Selepas memakai ihram di Bir Ali, Anda akan berangkat ke Mekah, bertolak dari jam 5.30 ptg,,dan akan sampai pada jam 10-11 malam, jika keadaan tidak sibuk. masuk ke hotel (check-in). sebelum sampai mekah, dah dekat dengan kota mekah, cepat2 mengucapkan takbir dengan laungan yang kuat.kalau boleh biar dengar satu bas, inilah sunnah yang diajarkan oleh rasulullah. (bagi jemaah lelaki)..nikmat dan kelebihan yang ada pada waktu ini,Allahuakbar, jika dibuat dengan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Hati anda akan mennjadi baik dan lembut..mudah2an...
-Menjada tag nama yang diberikan. jaga elok2, ini mengelakkan dari masalah ketika jemaah hilang di Kawasan mekah, kalau ada tanda tag iini, beliau boleh mintak tolong mana2 orang untuk telefon no. yang ada do tag ini...
-banyak berzikir dan menjaga adab2 ziarah sebagai muslim (baca kisah al_Quran).Akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran. Kata Isterinya Aisyah R.Anha.
-


Penulis: ust mohd yaser (pembimbing umrah imarah services)

Thursday, October 7, 2010

Artikel Yang Berguna di masa depan

Bagaimana menggunakan :

CSS dan HTML?
PHP dan Javascript?
ASP ?
Photoshop for Web designer?

Thursday, July 22, 2010

Jemaah di Mekah

Ensiklopedia Pendidikan sains dan Al-Quran.



Ensiklopedia Pendidikan sains dan Al-Quran.ini mempunyai 10 jilid. Jilid 1- Jilid 10. Ensiklopedia ini menggabungkan antara sains dan al-Quran. iaitu Kajian sains oleh seorang Inteletual Islam kita iaitu Haji Abu Hassan bin Haji Ali, KMM,AMN,PPN; Bekas Ketuaa Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kemeterian Pelajaran Malaysia, Pensyarah pendidikan di Fakulti Pendidikan yang telah melatih Guru-guru di Fakulti sains dan Akademi Islam, Universiti Malaya. Sebelumnya, beliau juga telah banyak menulis buku-buku berbentuk pengetahuan Islam, 8 jilid 2002, yang dianjurkna oleh bahagian buku teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mengikut kepada beberapa rujukan, Beliau sebenarnya menulis buku ini dari ilham dan mimpi didatangi seseorang di mana disuruh beliau membuat satu buku yang dikumpuldan dalam pada massa yang sama digabungkan dengan ayat-ayat al-quran al-karim. Walaupun susah dan penat dalam masa 40 tahun beliau telah dapat membukukan sepenuhnya ensiklopedia ini dengan nama Ensiklopedia sains dalam al-Quran.

Beliau melihat bahawa setiap aspek kehidupan manusia ada kaitan yang kuat dengan petunjuk yang digambarkan dalam al-Quran 1400 tahun yang lepas.

Ayuh, kepada pencinta kebenaran ilmu pengetahuan, dekatkanlah diri anda dengan menghayati sains dipandukan dengan kalimah-kalimah dalam alquran agar hidup kita mendapat keberkatan Allah di Dunia dan di Akhirat..

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya, Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu." (Q4: 105)

Nota: kesemua 10 jilid Ensiklopedia ini telah ditafsirkan oleh

1. Khadim al-Haramain Asy Syarifain (Pelayan kedua Tanah Suci)

2. Fahd ibn 'Abd. al'Aziz Al-Sa'ud (Raja Kerajaan Arab Saudi)

3. Sebagai peganjur untuk percetakannya pada 1415H, dan naskahnya te;ah diperakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.(JAKIM).
Umrah ekonomi 2016/2017 1437H